SEKALUNG TAHNIAH.......

Syukur alhamdulillah....

Pada tanggal 8 November 2012, SMK Bahau telah menghantar wakil bagi mewakili daerah Jempol / Jelebu dalam Kejohanan Badminton Peringkat Negeri yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. SMK Bahau telah menghantar satu pasukan beregu dan perseorangan lelaki. Dalam kejohanan ini, daerah Jempol / Jelebu yang diwakili oleh Mohd Shahrull b. Abd Rashid telah merangkul johan manakala pasukan beregu tiada tempat. Namun, semangat kesukanan yang dipamerkan oleh mereka seharusnya dipuji dan dibanggakan kerana mampu menunjukkan kepada semua bahawa walaupun dikategorikan sebagai OKU tetapi mereka mampu ke peringkat yg lebih tinggi dan ke hadapan jika peluang sentiasa diberikan kepada mereka.Tahniah kepada Shahrull, Fazli, Khairul dan Prem Kumar...

Tanggal 11 November 2012 , di arena yang sama telah diadakan satu Karnival Sukan Orang Kurang Upaya peringkat Negeri Sembilan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Pelbagai jenis sukan dan permainan telah dipertandingkan. SMK Bahau yang mewakili daeah Jempol / Jelebu telah menyertai pertandingan futsal dan badminton perseorangan lelaki. Dalam pertandingan futsal, daerah Jempol / Jelebu yang diwakili oleh Shahrull, Azman, Khairul, Hafiz, Fazli dan Hakim telah berjaya mendapat tempat kedua manakala bagi acara badminton yang diwakili Shahrull telah menjadi johan. Diharap kejayaan tersebut dapat menjadi perangsang kepada mereka untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Comments

Popular Posts