Ujian Kemahiran dan temuduga bagi kemasukan ke program Sijil Kemahiran Khas Kolej Komuniti Jelebu

Hari ini 11/2/2015 merupakan hari bersejarah bagi 4 orang pelajar PPKI SMK Bahau iaitu Surendren Nair, Madihah, Mohd Shazwan dan Nurizzati kerana terpilih menghadiri ujian kemahiran dan temuduga bagi kemasukan ke program Sijil Kemahiran Khas Kolej Komuniti Jelebu dalam bidang Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Ia diringi oleh guru PPKI Tuan Haji Mohd Yunus. Selain dari murid PPKI SMKB ia juga turut disertai oleh 3 murid PPKI SMK Seri Jempol dan 4 orang OKU yang datang secara individu. Program ini adalah khas dibuat untuk OKU rakyat Malaysia hanya dengan syarat pandai membaca, menulis dan mengira. Selain daripada ujian kemahiran dan temuduga para peserta, guru pengiring dan ibu bapa yang menghantar anak OKU secara individu diberi taklimat dan dibawa melawat sekitar kolej oleh tenaga pengajar di sana.

















Comments

Popular Posts