Program Ceria 1 Bangsa 2017


            Sepanjang bulan Ramadan, PPKI telah mengnjurkan beberapa program untuk murid yang beragama Islam dan bukan Islam. Minggu pertama bulan Ramadan, aktiviti dimulakan dengan Let’s Iqra’  bagi seorang murid Islam perempuan. Selepas habis waktu rehat murid bukan beragama Islam, aktiviti diteruskan dengan aktiviti mewarna gambar “Suasana Hari Raya” bagi murid tahap lemah dan pertandingan Mencipta Sampul Duit Raya Kreatif dan Kad Raya. Murid-murid bersungguh-sungguh menghasilkan kad raya dan sampul duit raya kerana bahan tersebut akan dihias di dalam kelas masing-masing.
 Selain itu juga, murid dibahagikan mengikut kumpulan yang dipimpin oleh dua orang guru dan setiap kumpulan dikehendaki membina replika “ Suasana Hari Raya”.Mereka berbakat sekali sehingga terhasillah 4 buah replika. Antaranya ialah replika masjid, rumah, bulan dan kuih raya. Semua replika ini akan dipamerkan semasa program Fitrimewa pada bulan Julai akan datang.

Sepanjang bulan Ramadan juga, setiap kelas juga perlu menghias kelas bertema Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai idea kreatif guru dan murid dalam menghias kelas masing-masing. Keceriaan dan keseronokan dapat dilihat pada setiap riak muka. Inilah hasil kerjasama daripada semua pihak.





Comments

Popular Posts