PROGRAM PERKHEMAHAN PENGAKAP PPKI SMK BAHAU SIRI 2/2017

Pada 11-15 September 2017, PPKI SMK Bahau telah mengadakan perkhemahan Pengakap PPKI bertempat di sekitar PPKI SMK Bahau. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang berjaya dijalankan dengan jayanya. Antaranya ialah pengenalan asas pertolongan cemas, CPR, kawad kaki asas, memasang khemah, masakan rimba dan khidmat masyarakat. Semua murid terlibat dalam menjayakan aktiviti yang dirancang ini. Program ini adalah di bawah pimpinan cikgu Nur Husna Binti Ghawi.




KHIDMAT MASYARAKAT :membersihkan kantin sekolah dan surau Taman Awana Indah, Bahau.






MASAKAN RIMBA : membakar pisang, kentang dan ayam serta menyediakan nasi di dalam buluh dan ayam pansuh.





Memasang khemah.


Kawad asas dan aktiviti keselamatan dan kecemasan.





Asas pertolongan cemas, CPR dan usungan.

Comments

Popular Posts