PROGRAM 3C "CUCI CERIA CANTIK"

Program 3C adalah satu program yang telah diperbaharui di PPKI SMK Bahau. Sebelum ini, program membersihkan sekitar kawasan PPKI khususnya kelas memang menjadi tradisi PPKI SMK Bahau. Cuma program pada tahun ini lebih sistematik dan teratur. Hal ini kerana aktiviti membersih dan menceriakan kelas diadakan lebih awal sebelum sesi persekolahan pada tahun baru dimulakan. Program ini juga merupakan satu program yang memberi penghargaan kepada murid sendiri untuk mencantikkan kelas masing-masing untuk tahun berikutnya. Pada tahun 2018 kelak, PPKI SMK Bahau akan membuka 7 kelas, dan kesemua kelas ini telah diselenggara dan diceriakan di bawah program 3C ini.

Semoga program yang dianjurkan oleh PPKI SMK Bahau akan member impak yang positif kepada semua. Kami berharap agar PPKI SMK Bahau terus maju disamping kerjasama dan sokongan daripada semua pihak.




KERJA-KERJA MENGECAT KELAS.



SESI MEMBERSIH DAN MEMBASUH KELAS.





MEMBERSIHKAN DINDING SEBELUM DICAT



SELESAI MENGECAT KELAS


MENUKAR ALAS MEJA KELAS


INILAH HASILNYA...BERSEDIA 2018

Comments

Popular Posts