PELANCARAN PROGRAM 4S 2018

Pada 30 Januari 2018, PPKI SMK Bahau telah melancarkan program 4S 2018. Fokus dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah kunci untuk mengejar kejayaan pada masa hadapan. Hal ini menunjukkan bahawa menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam proses menerima ilmu. Sebaliknya tidak hadir ke sekolah tidak mendapat apa-apa kebaikan. Sekolah adalah gedung ilmu. Bahkan menuntut ilmu itu adalah wajib bagi kita semua. Seramai 4 orang murid yang hadir penuh pada tahun 2017 telah menerima hadiah berupa RM100 yang telah dimasukkan ke dalam akaun BSN masing-masing. Tahniah kepada penerima hadiah kehadiran penuh 2017.

AMIRULNIZAM A/K YOPI

NG KAI CONG

MUHAMMAD AFIQ DARWIIS DAUD

MUHAMMAD NUR IQMAL BIN SHAMSUDDIN

Comments

Popular Posts