Program PASTO telah diadakan pada 6 Mac 2018 dan melibatkan seramai 35 orang murid PPKI. Program bermula dengan penerangan mengenai pastri dan inti-inti yang sesuai untuk pastri. Penerangan telah disampaikan oleh murid-murid kelas Usaha dengan bimbingan guru penyelaras program iaitu Cikgu Juli Hanini Johari. Seterusnya, seorang murid PPKI Usaha telah membuat demonstrasi menyediakan karamel epal dengan bimbingan guru.  Semua murid dengan penuh semangat ingin memulakan penyediakan pastry. Mereka telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dan dibimbing oleh guru dan PPM. Mereka telah berjaya menghasilkan pastri dengan tiga inti iaitu caramel epal, kentang dan sardin. Semua yang terlibat berasa sangat seronok dengan pastri yang telah mereka hasilkan.











Comments

Popular Posts