SAMBUTAN HARI LAHIR 1/2018 - JAN, FEB, MAC & APRIL

Majlis hari lahir atau hari jadi merupakan satu majlis untuk memperingati tarikh kelahiran seseorang murid. Majlis ini dikendalikan di bawah program Jom Alas Perut (JAP) yang akan meraikan hari lahir murid PPKI. Majlis ini akan diadakan sebanyak tiga (3) kali setahun mengikut bulan kelahiran iaitu Januari hingga April, Mei hingga Ogos dan September hingga Disember. Hal ini bermakna, majlis ini diadakan setiap empat (4) bulan sekali. Selain daripada sesi pengajaran dan pembelajaran secara formal di dalam kelas, sesuatu majlis yang diadakan di sekolah juga menjadi satu medium yang berkesan untuk menyampaikan sesuatu seperti penghargaan terhadap seseorang murid.









Comments

Popular Posts