Program Ihya' Ramadan 1440h/2019m

Sepanjang bulan Ramadan,pelbagai aktiviti disediakan dan dirancang untuk murid PPKI. Antaranya solat dhuha,solat taubat,solat hajat dan solat tasbih secara berjemaah di samping bacaan iqra'. Bagi murid bukan Islam aktiviti Pendidikan Moral turut diadakan.

Pada 21 Mei 2019,Program Ihya'Ramadan diteruskan dengan aktiviti membeli baju raya di Syarikat Halmezah Bahau. Terima kasih diucapkan kepada Baitulmal yang menyumbang sumbangan duit baju raya dan Syarikat Halmezah yang memberi potongan harga bagi baju raya murid PPKI.








Comments

Popular Posts