Ceramah Menangani Sawan dan CPR

TAJUK    : CARA MENANGANI SAWAN DAN BANTUAN PERNAFASAN (CPR)
HARI      : SELASA
TARIKH : 13 OGOS 2014

Pada hari Selasa yang lalu, unit 3K PPKI SMK Bahau telah berjaya melaksanakan ceramah kesihatan yang bertajuk “Cara Untuk Menangani Sawan Dan Bantuan Pernafasan” (CPR). Ceramah ini telah disampaikan oleh Dr. Mas Edy Puteri Ku Intan binti Abdul Kahar, wakil Pegawai Perubatan daripada Klinik Kesihatan Bahau. Sepanjang sesi ceramah berlangsung, semua guru dan murid teruja kerana tajuk ini adalah sangat dekat dan sering kali dialami oleh murid-murid khas. Ternyata, objektif ceramah ini tercapai kerana murid dan guru saling bersoal jawab dengan penceramah dalam merungkai jawapan disebalik kemusykilan yang dihadapi. Pihak PPKI SMKB mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor kerana sudi berkongsi maklumat dan informasi yang sangat berguna kepada kami.


Wakil murid sukarela menjadi model untuk demo CPR
Tekun mendengar ceramah oleh Dr. Mas Edy

GPK PPKI memberi cenderamata kepada Dr.

Comments

Popular Posts