Majlis Ramah Mesra Aidilfitri & Hari Lahir Murid PPKI Mei-Ogos

Hari ini 8 Ogos 2014, PPKI SMK Bahau menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dan Sambutan Hari Lahir Mei -Ogos.


Meraikan murid dan guru yang lahir pada bulan Mei -Ogos.

Suasana hari raya dengan lagu raya berkumandang merdu.

Penyampaian hadiah kelahiran murid.




Pada tahun ini,kami membuat sedikit pembaharuan. Sajian dihidangkan menggunakan sistem gerai. Bersemangat guru menghias gerai masing-masing. Tahniah,kepada semua guru yang bertungkus lumus menghias gerai.


Gerai 1 : Gerai sate dan nasi himpit.

Gerai 2 : Gerai Remang iaitu gabungan lemang dan rendang.

Gerai 3 : Mee goreng dan bihun goreng

Gerai 4 : Cendol dan ice lemon tea

Guru melayan murid di gerai.

Jemputan dalam kalangan pentadbir.



Comments

Popular Posts