SEJARAH

SEJARAH PPKI SMK BAHAU

Latar Belakang
 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau terletak di daerah Jempol, Negeri Sembilan. Ia di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran daerah Jempol / Jelebu. Program Pendidikan Khas sekolah ini baru dibuka pada 2 Januari 2008, iaitu perluasan program Pendidikan Khas ke sekolah menengah harian biasa. Ia juga hasil persetujuan Tuan Pengetua Encik Paramasivam a/l Manickam, bersama Ketua Unit Pendidikan Khas  Encik Shahar b Shaari dan Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas Encik Azlan b Mohd Lasim.  Sekolah ini adalah sekolah ketiga telah membuka program pendidikan khas selepas S.M.K Serting Hilir Kompleks dan S.M.K Seri Jempol.  Pada asalnya,Program Pendidikan khas sekolah ini diselia oleh seorang guru merangkap penyelaras (Encik Muhammad Faunizan b Mohd Rani) dan 3 orang pelajar yang terdiri daripada 1 orang pelajar lelaki Melayu (Muhamad Isa b Mohd Amin), 1 orang pelajar lelaki India ( Vetri Simman a/l Gunaseelan ) dan seorang pelajar perempuan cina (Chan Jia Lu).

[perararakan_merdeka_smkb+035.jpg]
Chan Jia Lu & Vetri Simman sedang menyanyikan lagu patriotik sempena bulan Kemerdekaan ke 51 pada tahun 2008
              
         Pembukaan Program Pendidikan Khas di SMK Bahau ini telah memberi peluang kepada pelajar dari Program Pendidikan Khas dari SK St Aidan, SK Jempol dan SJKT Tanah Panjis untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Ia juga telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekitar Bahau.

PEMBANGUNAN & INFRASTRUKTUR

Pada asalnya iaitu pada tahun 2008, kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) berada di blok hujung Perpustakaan dan Bilik Tayangan. Ia beroperasi hampir 4 bulan kerana terdapat kebakaran kecil berlaku di blok tersebut. Kelas PPKI terpaksa menumpang di Bilik Bimbingan & Kaunseling hampir 3 bulan ( April, Mei dan Jun 2008). Apabila bangunan tersebut telah diperbaiki  pada 24/6/08, ia beroperasi semula di bangunan asal iaitu di Blok Perpustakaan.
          
          Namun, memandangkan kelas di blok Perpustakaan tersebut didapati tidak sesuai untuk pelajar berkeperluan khas dan dijangkakan pada tahun 2009 bilangan pelajar semakin bertambah, Penyelaras bersama GPK 1 Tuan Hj Redzuan Tahar telah berbincang dan mendapati bangunan kantin lama amat sesuai diubahsuai dijadikan kelas PPKI, memandangkan bangunan kantin itu tidak digunakan. Usul ini telah dibawa kepada Tuan Pengetua melalui kertas kerja serta perbincangan dan Tuan Pengetua bersetuju memberi bangunan kantin lama tersebut untuk dijadikan Program Pendidikan Khas Integrasi. 

       Memandangkan kelas Pendidikan Khas di sekolah ini baru beroperasi tahun pertama 2008 banyak peralatan yang diperlukan tiada. Selain itu, keadaan kelas juga tidak dapat mencakupi keperluan pelajar khas. Oleh yang demikian, banyak perbincangan dan kertas kerja telah dilaksanakan antara penyelaras, pihak pengurusan sekolah dan JPNS. Agak sukar juga bagi guru dan PPM melaksanakan tugas memandangkan program ini baru pertama kalinya dibuka di sekolah aliran perdana. 

       Tidak dinafikan banyak cabaran yang harus dilalui bagi merialisasikan hasrat kerajaan untuk membuka program ini di sekolah aliran perdana. Namun  segala cabaran yang dilalui mendapat sokongan pihak sekolah dan JPNS. Pihak sekolah juga terutama Pengetua banyak memberi pandangan dan tunjuk ajar bagi memantapkan lagi perlaksanaan program ini. Kami juga telah mendapat kelulusan pihak pengurusan sekolah untuk membuka program ini di bangunan kantin lama sekolah.

       Dengan kertas kerja yang dikemukakan, pada penghujung tahun 2008 program ini telah menerima peruntukan dari JPNS sebanyak RM20,000.00 bagi mengubahsuai bangunan kantin lama untuk membuka kelas Pendidikan Khas di kantin lama yang juga sebelum ini ingin dijadikan Pusat Kegiatan Guru (PKG).

PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM)
Tanggal 07/Mei/2008 Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), melalui sektor Pendidikan Khas & swasta telah menghantar seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Cik. Nor Faezah bt Mohd Amin ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau. Beliau merupakan PPM pertama yang ditugaskan di kelas Integrasi Pendidikan Khas,Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau. Kehadiran beliau sangat diperlukan bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran murid dan kelas Pendidikan Khas yang baru dibuka.


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHAU
TAHUN 2009

Pada 4 Januari 2009 telah diadakan hari pendaftaran pelajar untuk memasuki ke Program Pendidikan Khas Integrasi, SMK Bahau. Hampir semua ibu bapa / penjaga datang untuk mendaftar anak mereka. Seramai 9 orang ibu bapa / penjaga yang telah datang. Mereka juga mendengar taklimat daripada penyelaras mengenai Program PPKI SMK Bahau.

Gambar Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi
(Pandang Depan)


Gambar kelas Pendidikan Khas (pandang Tepi) 


            Pada 5 Januari 2009, iaitu hari pertama persekolahan, buat kali pertamanya kelas PPKI beroperasi di bangunan kantin lama yang telah diubahsuai. Seramai 12 orang pelajar telah berkerjasama dengan guru dan PPM membersihkan kelas dan menceriakan kelas. Selama seminggu pelajar-pelajar ini mengikuti program orientasi bagi mendekatkan pelajar ke alam sekolah menengah kerana kebanyakkan pelajar ini transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

Pada tahun 2009 ini juga PPKI mempunyai 2 kelas kerana mengikut ratio guru & pelajar. Kelas tersebut telah dinamakan Usaha dan Tekun. Kelas Usaha adalah untuk pelajar yang telah menguasai 3M manakala kelas Tekun untuk pelajar yang lemah. Terdapat seorang pelajar PPKI inklusif penuh di tingkatan Peralihan A iaitu Lim Hong Tat.  Pada 16 Januari , Unit Pendidikan Khas JPNS telah mengahantar  2 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSST), iaitu En Muhamad Arif b Baba & En Azizul Amin b Hamid. Kehadiran mereka amat diharapkan untuk membantu terutamanya aspek pengajaran & pembelajaran. Pada pertengahan Februari bilangan pelajar PPKI semakin bertambah, dimana bilangan tersebut menjadi 13 orang kerana kemasukan seorang pelajar dari SMK Dato Mansor iaitu How Teck Shain (hiperaktif).

Menjelang bulan April, bilangan pelajar PPKI semakin bertambah, ini kerana terdapat kes pelajar aliran perdana ’diturunkan’ ke PPKI. Ini kerana setelah dijalankan ujian diagnostik didapati pelajar tersebut menghadapi masalah dalam pembelajaran. Daripada 5 orang pelajar mengambil ujian tersebut 3 orang didapati menghadapi masalah dalam pembelajaran (slow leaner). Pelajar tersebut adalah Mohd Khairul Fitri b Shari, Fazli b Jasmi dan Mohd Hafiz b Dahalan. Mereka ditempatkan di kelas Tekun. Jadi bilangan pelajar PPKI meningkat kepada 16 orang pelajar. Pada bulan Mei pula, PPKI menerima lagi pelajar dari aliran perdana iaitu Mohd Allau’udin b Abu Bakar, jadi bilangan pelajar PPKI menjadi 17 orang. Menjelang bulan Jun, PPKI menerima 2 orang pelajar lagi iaitu Azim b Basri dan Shalni a/p Subramaniam. Bilangan pelajar yang berdaftar di kelas PPKI setakat September adalah 19 orang. Di kelas ini juga terdapat seorang pelajar yang akan memasuki program iaitu Gunalan. Sehingga akhir tahun 2009 bilangan pelajar PPKI adalah 20 orang. Selaras dengan pertambahan pelajar, maka bilangan kelas PPKI telah bertambah kepada 3 buah kelas iaitu Gigih. Kelas ini untuk pelajar yang lemah 3M dan aspek –aspek seperti manipulatif serta pengurusan diri.

Pada pertengahan Jun, PPKI kehilangan seorang guru berdedikasi iaitu cikgu Muhamad Arif kerana berjaya mendapat Kursus Dalam Cuti (KDC) Pendidikan Khas, dan ditempatkan ke SRJ (T) Tanah Panjis Rompin. Pihak Unit Pendidikan Khas, telah menghantar seorang GSTT iaitu Cik Norrajiah bt Mat Junid bagi menggantikan Cikgu Arif. Kehadiran beliau amat dialu-alukan kerana PPKI tidak mempunyai guru perempuan. Selaras dengan pertambahan pelajar, PPKI telah menerima Guru tetap pada 4 Ogos 2009 iaitu Cik Siti Tahirah bt Sulaiman. Kehadiran guru-guru ini memantapkan program PPKI. Dengan pertambahan bilangan pelajar PPKI, pihak Unit Pendidikan Khas JPNS telah menghantar seorang lagi guru GSTT iaitu Encik Md Zaid Basiron pada 2 Oktober 2009. Kehadiran guru ini telah dapat membantu PPKI merancang aktiviti atau program yang lebih baik.

















 






Comments

Popular Posts