Program JAP

Aktiviti kami hari ini 23 Julai 2014

Sardin Gulung Elit







Sepanjang bulan ramadhan,JAP dihentikan seketika, insyaAllah akan bersambung selepas ramadhan ini.Namun kami membuat frozen food untuk dibawa pulang ke rumah untuk hidangan berbuka.Murid membuat popia isi ketam dan popia sosej. Alhamdulillah dua minggu buat mereka sudah menguasai kemahiran menggulung popia. Tahniah anak-anakku. InsyaAllah esok 23 Julai kita akan buat sardin roll.









AKTIVITI MEMASAK UNTUK PROGRAM JAP 2014
Syukur Alhamdulillah, setelah beberapa tahun program JAP.. terdapat banyaknya perubahan pada diri murid-murid. Mereka telah menguasai kemahiran asas semasa di dapur seperti mengupas, memotong dan sebagainya.







Alhamdulillah...Bersyukur ke hadrat Illahi kerana perancangan untuk meneruskan Program 'Jom Alas Perut (JAP)' dapat dilaksanakan pada tahun 2013 ini.. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang dijalankan bawah program ini.
Aktiviti memasak...








Murid dilatih menyediakan minuman....
        















Dilatih membersihkan alatan memasak selepas digunakan...
















Cara penyediaan makanan....

















Program JAP 2012 telah pun melabuhkan tirainya...insyaALLAH 2013 nanti kita bersama memantapkan lagi program Jom Alas Perut (JAP). Alhamdulillah, sehingga hari ini program ini telah mengalami pelbagai perubahan. Menutup tirai 2012, JAP telah mengeluarkan sehelai t-shirt bagi program ini. T-shirt berwarna hijau akan dipakai oleh murid PPKI SMK Bahau 2013 nanti. 

NANTIKAN PEMBAHARUAN PROGRAM JOM ALAS PERUT (JAP 2013)

Bagi murid pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan utama sebagai asas untuk menguasai bidang kemahiran lain.  Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna.  Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi, dan pengurusan rumahtangga perlu diberi kepada murid bermasalah pembelajaran.

Pekerja sekolah turut dijemput bersama-sama murid PPKI 
menjamu selera.
Program “Jom Alas Perut” atau ringkasnya “JAP” dirancang agar dapat memberi manfaat kepada murid, terutamanya aspek kesihatan dan pengurusan rumahtangga. Ini perlu kerana sarapan merupakan eleman yang amat penting sebelum aktiviti lain dijalankan.Komponen pengurusan diri bertujuan melatih murid supaya berdikari dan berkemahiran ke arah menjalankan aktiviti seharian dengan lebih cekap dan berkeyakinan. Program ini dijalankan pada hari Selasa, Rabu dan Khamis dari pukul 7.30-7.50 pg. Idea asal Program ini adalah Tuan Pengetua iaitu En Paramasivam a/l Manickam pada tahun 2009.



murid membasuh pinggan selepas digunakan
             
Melalui program ini dapat dilihat murid boleh mengurus.diri dan peralatan dengan baik. Program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dari murid, guru dan PPM. Program ini juga memberi peluang kepada murid yang kurang berkemampuan merasai nikmat rezeki yang dikongsi bersama. Program ini juga menyediakan murid berdikari, dalam masyarakat. Contohnya kenduri dan aktiviti Perkhemahan.

            Bagi guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) melalui program ini dilihat dapat melatih murid dalam pengurusan rumahtangga. Matlamat akhir murid dilatih menjadi usahawan akan datang.
GPK Ko-kurikulum hadir memberi sokongan
murid sedang mengemas selepas menikmati hidangan

murid sedang memasak mihon goreng


Comments

Popular Posts