Program Ceria 1 Bangsa 2017
Sepanjang bulan Ramadan, PPKI telah mengnjurkan
beberapa program untuk murid yang beragama Islam dan bukan Islam. Minggu
pertama bulan Ramadan, aktiviti dimulakan dengan Let’s Iqra’ bagi seorang
murid Islam perempuan. Selepas habis waktu rehat murid bukan beragama Islam,
aktiviti diteruskan dengan aktiviti mewarna gambar “Suasana Hari Raya” bagi
murid tahap lemah dan pertandingan Mencipta Sampul Duit Raya Kreatif dan Kad Raya.
Murid-murid bersungguh-sungguh menghasilkan kad raya dan sampul duit raya
kerana bahan tersebut akan dihias di dalam kelas masing-masing.
Selain itu juga, murid dibahagikan mengikut
kumpulan yang dipimpin oleh dua orang guru dan setiap kumpulan dikehendaki
membina replika “ Suasana Hari Raya”.Mereka
berbakat sekali sehingga terhasillah 4 buah replika. Antaranya ialah replika
masjid, rumah, bulan dan kuih raya. Semua replika ini akan dipamerkan semasa
program Fitrimewa pada bulan Julai akan datang.
Sepanjang bulan
Ramadan juga, setiap kelas juga perlu menghias kelas bertema Hari Raya
Aidilfitri. Pelbagai idea kreatif guru dan murid dalam menghias kelas
masing-masing. Keceriaan dan keseronokan dapat dilihat pada setiap riak muka.
Inilah hasil kerjasama daripada semua pihak.
Comments
Post a Comment