PROGRAM JELAJAH PANTAI TIMUR PPKI 2017.
Pada 8-11 Ogos 2017, PPKI SMK Bahau telah menganjurkan satu
program lawatan sambil belajar iaitu Program Jelajah Pantai Timur. Program yang
berlangsung selama 4 hari 3 malam ini adalah satu program yang dikendalikan
oleh Cikgu Nurmuhaiminah Ab Rahim. Seramai 23 orang murid, 6 orang guru dan
seorang PPM telah menyertai program bermaklumat ini. Pada 8 Ogos 2017, tepat
jam 7 pagi kami bertolak menuju ke negeri Kelantan. Di Kelantan kami bermalam
di Hotel Habib, Kota Bharu. Penjelajahan kami bermula dengan sesi bergambar di
kawasan Mural Art 3D seterusnya kami pergi ke Food Thai Festival.
Pada 9 Ogos 2017, kami memulakan penjelajahan kami di
sekitar Kota Bharu bermula dengan melawat dan membeli belah di Pasar Siti
Khatijah, seterusnya kami pergi ke Pusat Kraf Tangan dan Istana Jahar. Setelah penat
dan lapar, kami menikmati juadah enak di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Pelabgai menu
yang menarik dan sihat boleh ditemui di sini.
Setelah itu, kami bertolak pula ke Rantau Panjang. Pelbagai barangan yang menarik dan berkualiti ada di sini. Seterusnya kami ke Masjid Beijing solat dan meneliti seni bina masjid yang begitu cantik.
Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami sempat juga singgah di tempat membuat sate ikan atau di kenali sebagai lokcing di Nik’s Lokcing. Pada sebelah malam, sekali lagi kami pergi menikmati makan malam di Thai Food Festival. Setelah kekenyangan, kami berjalan untuk menyaksikan persembahan wayang kulit seni lagenda agung negeri Kelantan.
Pada 10 Ogos 2017, kami bertolak pula menuju negeri Terengganu. Tempat pertama yang kami lawati ialah Taman Tamadun Islam, di sini kami menyelusuri sungai menaiki cruise, seronok jelas terpancar di wajah anak-anak PPKI. Seterusnya, kami melawat monumen monumen yang terdapat di Taman Monumen atau Edutainment Park, di sini kami menyaksikan 21 buah monumen yang cantik. Selesai melawat di sini, kami menuju ke Pasar Payang dan Pantai Batu Buruk. Semua sudah kepenatan kami, mengambil keputusan untuk pulang ke homestay yang terletak di Kg. Laut. homestay kami berhampiran dengan sungai.
Selesai sarapan di tepian sungai, kami bertolak pulang ke Negeri Sembilan.
Pada jam 6:10 petang kami selamat tiba di SMK Bahau. Alhamdulillah, musafir yang penat tapi menyeronokkan. TAHNIAH SEMUA...
Comments
Post a Comment